
SERDANG, 14 Jun – Persiapan acara olahraga sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, berjalan lancar dan kini dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.
- Persiapan melibatkan pelbagai aspek dan pihak bagi memastikan kelancaran penganjuran.
- Stadium Universiti Putra Malaysia sedia digunakan; pasukan dan tenaga kerja teknikal juga bersedia.
- Kerjasama dengan MSN termasuk penyertaan atlet ke Malaysia Open sebagai medan penilaian prestasi.
- Jawatankuasa POS, Exco Sukan Negeri dan UPM bekerjasama memastikan penganjuran dan sasaran prestasi atlet; senarai akhir diumum bulan depan.
Presiden Persatuan Olahraga Selangor (POS), Nurhayati Karim berkata, persiapan SUKMA meliputi pelbagai aspek dan pihak bagi memastikan kelancaran penganjuran.
“Ya, kami memberi fokus kepada penganjuran dan segala persediaan masih berjalan lancar. Stadium UPM telah sedia digunakan, manakala pasukan ddan tenaga kerja teknikal kami juga sudah berada dalam keadaan bersedia.
”Buat masa ini, kami hanya meneruskan perancangan yang telah ditetapkan,” katanya.
Beliau berkatademikian ketika ditemui di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
Tambahan beliau, persiapan kontinjen Selangor turut diperkukuh menerusi kerjasama bersama Majlis Sukan Negeri (MSN), termasuk penyertaan atlet ke kejohanan Malaysia Open sebagai medan penilaian prestasi menjelang temasya berkenaan.
Persediaan turut melibatkan jawatankuasa POS, Exco Sukan Negeri dan UPM, bagi memastikan penganjuran dan prestasi atlet mencapai sasaran yang ditetapkan.
SUKMA Selangor bagi acara olahraga akan berlangsung di Stadium Universiti Putra Malaysia dan pengemaskinian senarai akhir atlet akan diumumkan bulan depan.