
JOHOR BAHRU, 14 Jun – Pindaan terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 yang menyaksikan kira-kira 80 peratusan dalam draf cadangannya, akan dibentangkan di Parlimen, dalam tahun ini.
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pindaan, beliau juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang menjaga MARA.
- Jemaah Menteri telah meluluskan Kertas Dasar bagi penggubalan pindaan Akta MARA sebagai asas perundangan.
- Draf cadangan mengandungi kira-kira 80 peratus perubahan, menumpu tata kelola berasaskan piawaian antarabangsa dan amalan tadbir urus korporat yang baik.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diminta sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang menjaga MARA.
Beliau turut memaklumkan, sebelum ini, Jemaah Menteri sudah meluluskan Kertas Dasar bagi penggubalan Akta MARA.
“Pindaan menyaksikan kira-kira 80 peratus perubahan dalam draf cadangan tertumpu kepada aspek tata kelola dan tadbir urus berasaskan piawaian antarabangsa serta amalan tadbir urus korporat yang baik.
“Peringkat ini adalah peringkat dasar, dan drafnya kita akan berikan kepada semua pihak-pihak berkepentingan, khususnya kementerian-kementerian lain untuk dinilai dan juga diperhalusi bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka sebelum kita angkat sekali lagi ke Mesyuarat Jemaah Menteri bagi maksud untuk kita mendapat kelulusan untuk dibentangkan di Parlimen,” katanya.
Terdahulu, Datuk Dr Asyraf Wajdi menghadiri Majlis Zikir Peringatan Asmaulhusna di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, di sini, hari ini.