
JOHOR, 12 Jun – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 205 warga asing atas pelbagai kesalahan di empat daerah dalam tempoh 29 Mei hingga semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Sembilan operasi melibatkan pemeriksaan 736 individu di Johor.
- Operasi dijalankan di premis di Johor Bahru, Kulai, Mersing dan Kluang.
- Tangkapan tertinggi di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru; 65 tahanan dan 127 pemeriksaan; tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Menerusi kenyataan JIM Johor, tangkapan itu dilakukan menerusi sembilan operasi yang melibatkan pemeriksaan terhadap 736 individu.
“Operasi dijalankan di pelbagai premis di Johor Bahru, Kulai, Mersing dan Kluang.
“Tangkapan tertinggi, direkodkan di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru, iaitu 65 tahanan, dan 127 pemeriksaan,” menurut kenyataan itu.
Tindakan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63.