Sekolah hadapi masalah kritikal diberi keutamaan dalam peruntukan RM500 juta

Sekolah yang paling memerlukan diberi keutamaan/Foto FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 1 September – Kementerian Pendidikan (KPM) sedia memastikan peruntukan tambahan RM500 juta bagi penyelenggaraan sekolah pada 2027, disalur berdasarkan keperluan serta tahap kritikal setiap sekolah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan disalurkan berdasarkan keperluan dan tahap kritikal setiap sekolah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  • Jabatan Pendidikan Negeri diminta turun padang menilai keadaan sekolah dan mengenal pasti keperluan paling mendesak.
  • Saluran khas diwujudkan untuk warga sekolah dan PIBG mengemukakan senarai keperluan seperti tandas, bumbung bocor dan pendawaian uzur.

Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan peruntukan berkenaan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara telah diminta turun padang bagi menilai sendiri keadaan sekolah, selain mendapatkan maklum balas mengenai keperluan paling mendesak.

“Sekolah yang paling memerlukan akan diberi keutamaan termasuk yang berdepan dengan masalah kritikal,”katanya.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan, saluran khas akan diwujudkan bagi membolehkan warga sekolah, khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), mengemukakan senarai keperluan untuk pertimbangan kementerian.

“Keperluan sekolah tidak semestinya melibatkan projek berskala besar, sebaliknya boleh merangkumi pembaikan tandas, bumbung bocor, pendawaian uzur serta kemudahan asas yang memerlukan perhatian,”katanya menerusi hantaran di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai peruntukan tambahan penyelenggaraan sekolah RM500 juta bagi 2027.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.