KMJG Parlimen Sabak Bernam tingkatkan semangat cinta akan negara dalam kalangan belia

Konvoi menjelajah beberapa kampung untuk edaran Jalur Gemilang 

SABAK BERNAM, 1 September – Penganjuran Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA)@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di daerah itu, platform meningkatkan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sambutan positif belia dengan penyertaan kira-kira 150 penunggang motosikal dalam Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang KMJG Parlimen Sabak Bernam.
  • KMJG menjadi sebahagian daripada pengisian program anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Sabak Bernam bersama JPKK dan Jabatan Penerangan daerah.
  • Konvoi menjelajah beberapa kampung, singgah di Pekan Parit Baru untuk edaran Jalur Gemilang, kemudian ke Kampung Tebuk Jawa untuk kenduri rakyat.
  • Program turut memanfaatkan cuti khas yang diumumkan kerajaan negeri susulan kejayaan kontinjen Selangor menjuarai SUKMA Selangor 2026.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Batu 37 Darat, Muhamad Nazri Saiman berkata sambutan positif diterima daripada golongan belia menerusi penyertaan kira-kira 150 penunggang motosikal dalam program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Parlimen Sabak Bernam.

“KMJG merupakan sebahagian daripada pengisian program hari ini anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Sabak Bernam dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK, dan Jabatan Penerangan Daerah Sabak Bernam.

“Konvoi menjelajah beberapa kampung termasuk singgah di Pekan Parit Baru untuk edaran Jalur Gemilang, sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Tebuk Jawa bagi menghadiri kenduri rakyat dan majlis puputan,”katanya.

Beliau turut menyatakan program antara lain memanfaatkan cuti khas yang diumumkan kerajaan negeri susulan kejayaan kontinjen Selangor menjuarai Sukan Malaysia SUKMA Selangor 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.