
KUALA LUMPUR, 1 September – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 dilapor berlaku di Halmahera, Indonesia kira-kira pukul 4.22 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa berlaku pada kedalaman 78 kilometer dengan koordinat 0.2 darjah Utara dan 128.8 darjah Timur, kira-kira 171 km timur Tidore.
- Penilaian MetMalaysia menunjukkan kejadian tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
- Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini berkaitan gempa dan amaran tsunami melalui saluran rasmi MetMalaysia.
- Rujuk pemakluman rasmi MetMalaysia termasuk halaman Facebook untuk maklumat dan amaran lanjut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi pemakluman di Facebook menyatakan gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 78 kilometer dengan koordinat 0.2 darjah Utara dan 128.8 darjah Timur, kira-kira 171 kilometer ke timur dari Tidore, Indonesia.
Berdasarkan penilaian MetMalaysia, kejadian itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kejadian gempa bumi dan amaran tsunami melalui saluran rasmi METMalaysia.