Sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada Isnin diteruskan

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bercakap dalam sidang media di Putrajaya – Foto RTM

PUTRAJAYA, 29 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada Isnin diteruskan mengikut perancangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk bersama METMalaysia, JAS, KKM, KPM dan agensi berkaitan.
  • Keadaan jerebu akan dipantau dari semasa ke semasa; pembenihan awan mungkin diperlukan.
  • Pelaksanaan pembenihan awan bergantung kepada kewujudan awan sesuai; penilaian dibuat NADMA berdasarkan METMalaysia.
  • Diunjurkan lebih 80,000 pengunjung hadir ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos untuk memeriahkan sambutan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan pada Jumaat bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta agensi berkaitan.

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan jerebu yang melanda negara pada ketika ini akan terus dipantau dari semasa ke semasa termasuklah keperluan untuk
melakukan pembenihan awan.

“Kita telah membuat keputusan bahawa sekiranya keadaan seperti yang sedia ada pada pagi ini (Sabtu) dan semalam (Jumaat), kita akan teruskan dengan acara pada hari Isnin.

“Pelaksanaan pembenihan awan bergantung kepada kewujudan awan yang sesuai, manakala penilaian mengenainya akan dibuat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berdasarkan pandangan serta dapatan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia),” katanya.

Datuk Seri Fahmi berkata demikian dalam sidang media mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2026, di sini.

Dalam pada itu, pihaknya menjangkakan lebih 80,000 pengunjung hadir ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.