Sabah penyumbang utama portfolio GI negara

Foto FB Armizan Mohd Ali

KOTA KINABALU, 24 Mei – Sebanyak 31 perlindungan Petunjuk Geografi (GI) berdaftar direkodkan di negeri Sabah, sekali gus menjadikan negeri itu antara penyumbang utama kepada portfolio GI negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sabah Tea mendapat manfaat pendaftaran GI, menunjukkan nilai tambah kepada produk tempatan.
  • Pendaftaran GI memerlukan keunikan, ketulian, reputasi dan bukti hubungan geografi, bukan sekadar asal-usul wilayah.
  • Beberapa produk Sabah berdaftar membina identiti pasaran seperti Tenom Coffee, Borneo Virgin Coconut Oil dan Batik Sabah.
  • Jelajah Harta Intelek oleh KPDN dan MyIPO bertujuan kenal pasti dan perkasa produk tempatan sebagai aset harta intelek serta komersial.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata Sabah Tea merupakan salah satu produk yang telah berjaya mendapat manfaatnya.

“Yang sebenarnya bukan mudah, bukan mana-mana produk boleh didaftarkan GI ini. Ia perlu ada keunikannya, perlu ada keasliannya, perlu ada reputasinya, selain daripada asal-usul geografi tersebut.

“Maksudnya setakat asal-usul wilayah lokasi itu belum mencukupi. Tetapi produk itu adalah produk-produk yang ada ketulinan, perlu ada reputasinya, perlu ada keunikannya dan ia melibatkan produk-produk premium,” kata beliau ketika mengadakan Program Jelajah Harta Intelek di Ladang Sabah Tea Ranau, di sini hari ini.

Selain Sabah Tea, antara produk GI lain yang berjaya membina identiti pasaran tersendiri termasuk Tenom Coffee, Borneo Virgin Coconut Oil, Sabah Seaweed, Tawau Cocoa, Tambunan Ginger dan Batik Sabah.

Setakat April 2026, sebanyak 130 GI berdaftar direkodkan di seluruh negara.

Mengulas mengenai Jelajah Harta Intelek itu, Datuk Armizan berkata ia merupakan inisiatif KPDN melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi mengenal pasti dan memperkasa potensi produk tempatan yang boleh dilindungi dan dikomersial secara lebih strategik sebagai aset harta intelek.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.