RUUMM perkukuh ekosistem permuziuman negara

Langkah penting perkukuh ekosistem permuziuman negara/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Penggubalan Rang Undang-Undang Muzium Malaysia (RUUMM) bertujuan mengawal selia penubuhan, pendaftaran serta pengurusan akttiviti muzium.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangan RUUMM dibentang dan dipersetujui secara dasar dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 April.
  • Akta akan terpakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta wujudkan Majlis Muzium dan Daftar Muzium.
  • Geran Padanan Muzium melalui Belanjawan 2026 memperkasakan pembangunan, pendigitalan, infrastruktur kekal, ruang pendidikan dan program permuziuman.

Cadangan berkenaan, telah dibentang dan dipersetujui secara dasar dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, pada 29 April lepas.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penggubalan itu langkah penting memperkukuh ekosistem permuziuman negara, yang bakal menjadi undang-undang Persekutuan pertama digubal khusus bagi mengawal selia penubuhan, pendaftaran dan pengurusan aktiviti permuziuman.

“Akta itu, akan terpakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, meliputi aspek penubuhan Majlis Muzium Malaysia, tadbir urus muzium Persekutuan dan persendirian, pewujudan Daftar Muzium serta Daftar Koleksi,”katanya ketika merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Tengah 2026 di Muzium Negara.

Beliau dalam pada itu berkata, pelbagai inisiatif telah disediakan termasuk Geran Padanan Muzium menerusi Belanjawan 2026, sebagai usaha memperkasa pembangunan dan transformasi sektor permuziuman negara.

“Geran itu memberi keutamaan kepada projek serta program berpaksikan rakyat dengan penekanan menjurus kepada pembangunan infrastruktur kekal, pendigitalan muzium, penyediaan ruang pendidikan juga pelaksanaan program permuziuman,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.