fb fb fb fb fb

RUU Anti-Lompat Parti, wakil kerajaan dan pembangkang mahu ianya dibentang segera

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang senada mahu Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti dibentang dengan segera.

Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berkata,RUU berkenaan perlu dibentang dan diluluskan bagi memastikan sistem Parlimen dan demokrasi negara tidak mengalami defisit kepercayaan rakyat.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, akta antilompat akan mengembalikan semula penghormatan kepada sistem Parlimen demokrasi.

(Ahli Parlimen Kota Raja,Mohamad Sabu ketika membahaskan RUU Perbekalan
Tambahan (2021) 2022 di Parlimen)

"Oleh itu untuk memulihkan keadaan, untuk memulihkan sistem parlimen ini akta antilompat parti ini mesti disegerakan kalau tiada akta antilompat parti ini bagaimana kita hendak praktiskan demokrasi parlimen yang subur," katanya ketika membahaskan RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022 di Parlimen.

Senada dengan Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mahu RUU Antilompat Parti dibentangkan walau dalam apa cara dan keadaan sekalipun.

(Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika membahaskan RUU
Perbekalan Tambahan (2021) 2022 di Parlimen)

"Saya difahamkan Jemaah Menteri dalam kalangan mereka tidak ada persefahaman daripada segi macamana bentuknya iaitu Rang Undang-undang antilompat ini.

"Saya kira yang penting, ini pandangan mereka tidak dapat kata sepakat,itu tidak penting yang penting mesti diluluskan di dalam dewan ini,dibentang dalam apa bentuk sekalipun mesti masukkan Rang Undang-undang itu masuk dalam dewan," katanya.

Media Baharu