RTS Link JB-SG: MCMC komited pastikan kesalinghubungan digital terjamin

Foto FB RTS Link JB-SG

JOHOR BAHRU, 11 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) komited menyokong projek infrastruktur strategik negara menerusi penyediaan kemudahan komunikasi dan kesalinghubungan digital yang boleh dipercayai.

RINGKASAN BERITA AI
  • RTS Link Johor Bahru–Singapura sedang giat dilaksanakan sebagai projek infrastruktur rentas sempadan.
  • Sistem telekomunikasi kukuh dan kerjasama berkesan antara pihak berkepentingan penting untuk pelaksanaan dan operasi lancar.
  • Bukhari Yahya dan delegasi MCMC mengadakan lawatan tapak untuk meninjau perkembangan pelaksanaan projek.
  • Fasiliti baharu termasuk dewan pemeriksaan penumpang, bilik kawalan operasi, autogate, kawasan pemeriksaan bagasi dan pejabat agensi.

Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya berkata, projek itu termasuk Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru (JB) – Singapura yang sedang giat dijalankan.

“Sistem telekomunikasi yang kukuh serta kerjasama berkesan antara pihak berkepentingan amat penting dalam memastikan pelaksanaan dan operasi RTS Link berjalan lancar,” katanya menerusi hantaran di Facebook RTS Link JB-SG.

Hantaran sama turut memaklumkan, Bukhari bersama delegasi MCMC mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan pada Selasa bagi meninjau perkembangan terkini pelaksanaannya.

“Antara kemudahan yang diperkenalkan termasuk dewan pemeriksaan penumpang, bilik kawalan operasi, sistem “autogate”, kawasan pemeriksaan bagasi serta ruang pejabat yang akan menempatkan pelbagai agensi,” menurut hantaran itu.

Projek RTS Link dilaporkan kekal berada pada landasan yang tepat untuk meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan dan mempercepat pergerakan harian pengguna.

Selain itu, memperkukuh hubungan ekonomi antara Malaysia dengan Singapura menerusi sistem pengangkutan rel yang selamat, cekap dan mampan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.