KUALA LUMPUR, 28 Mac- Lebih seribu bungkusan bubur lambuk diedar kepada kakitangan RTM, hari ini.
Terdahulu, proses memasak diadakan secara bergotong-royong di Masjid Muhammadi Angkasapuri Kota Media.
Menurut Ketua Imam Masjid Muhammadi, Ustaz Firdaus Muhamad, bukan sahaja bubur lambuk tapi terdapat juga edaran sumbangan pek barangan makanan kering kepada 100 pekerja B40 RTM.
"Untuk bubur lambuk pihak masjid menerima sumbangan sebanyak tiga periuk lebih kurang anggaran RM2,400 dengan sembangan ini kita dapat edarkan buat petugas RTM.
"Dalam menyantuni jemaah kita sama-sama menyantuni orang ramai lebih-lebih lagi hari ni bertempatan tarikh Nuzul al-Quran, semoga Allah memberkati segala apa jua amal dan sedekah pahala kita,"katanya.
Turut akan diagihkan, sumbangan pek makanan kepada seratus orang dari golongan B40.
Program dianjur Masjid Muhammadi Angkasapuri dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dengan penglibatan 35 pelajar.
"Ini adalah program yang keempat untuk kelab ini, jadi Alhamdulillah terima kasih juga kepada Angkasapuri terima kunjungan kami hari ini,"kata Muhamad Hazrul Md Esa, Pegawai Psikologi Kanan UTeM.