fb fb fb fb fb

RTM siasat dakwaan taska tidak diurus dengan baik

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2023- Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung sebuah taska di stesen penyiaran tersebut yang didakwa dikendalikan dengan buruk dan tidak amanah.

Bahagian Perhubungan Awam, RTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihak RTM menyedari terdapat muat naik di media sosial yang tular berkaitan hal berkenaan.

"Taska berkenaan berada di dalam kawasan Angkasapuri Kota Media.

"RTM memandang serius perkara ini dan sedang melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan insiden tersebut.

Jelas kenyataan tersebut, meskipun taska berkenaan bukan bawah pengurusan RTM, namun jabatan itu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas apatah lagi melibatkan nyawa dan kemaslahatan kanak-kanak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE