Banjir, tanah runtuh Ecuador: 13 maut, enam masih hilang


Paras Sungai Zamora yang meningkat menyukarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan El Pangui/Foto agensi

 

RINGKASAN BERITA AI
  • Paras Sungai Zamora yang meningkat menyukarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan El Pangui.
  • Pasukan penyelamat, anggota bomba dan sukarelawan terus mencari di sepanjang sungai serta kawasan sukar diakses.
  • 246 penduduk terjejas, 25 keluarga ditempatkan di pusat perlindungan sementara, 98 keluarga layak bantuan kewangan kecemasan.

QUITO, 16 Julai – Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah Zamora Chinchipe di Ecuador meningkat kepada 13 orang, manakala enam lagi masih hilang.

Sekretariat Kebangsaan Pengurusan Risiko Ecuador (SNGR) berkata, bencana akibat hujan lebat pada 3 Julai lalu itu turut mengakibatkan 42 orang cedera.

Paras Sungai Zamora yang meningkat menyukarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan El Pangui.

Pasukan penyelamat bersama anggota bomba dan sukarelawan terus menjalankan pencarian di sepanjang sungai serta kawasan yang sukar diakses.

Menurut pihak berkuasa, seramai 246 penduduk terjejas akibat bencana itu, manakala 25 keluarga masih ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

SNGR turut mengenal pasti 98 keluarga yang layak menerima bantuan kewangan kecemasan. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.