PM ucap takziah atas pemergian sarjana Islam terkemuka Esposito

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan ucapan takziah atas pemergian Profesor John L. Esposito, seorang sarjana Islam terkemuka dunia yang disifatkan sebagai sahabat rapat serta tokoh yang banyak menyumbang kepada pemahaman Islam di Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar mengenali Profesor Esposito sejak awal 1970-an; persahabatan mereka terjalin lebih lima dekad.
  • Esposito menubuhkan Pusat Pemahaman Muslim-Kristian di Georgetown dan menghasilkan karya ilmiah Islam berpengiktirafan antarabangsa.
  • Perdana Menteri merakam takziah kepada isteri Jean, keluarga, rakan sekerja dan pelajar serta mengharapkan legasi dialog antara agama terus memberi inspirasi.

Datuk Seri Anwar menerusi satu hantaran Facebook memaklumkan, beliau mula mengenali Profesor Esposito pada awal 1970-an dan persahabatan mereka kekal terjalin selama lebih lima dekad.

“Profesor Esposito sebagai tokoh yang berjaya merapatkan jurang persefahaman antara tamadun menerusi penubuhan Pusat Pemahaman Muslim-Kristian di Georgetown University,selain menghasilkan pelbagai karya ilmiah berkaitan Islam yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Beliau bukan sahaja sebagai seorang sarjana yang disegani, malah sebagai sahabat yang sentiasa memberikan nasihat dan sokongan sepanjang persahabatan mereka,” menurut hantaran itu.

Bagi pihak Malaysia, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada isteri beliau, Jean, serta seluruh ahli keluarga, rakan sekerja dan para pelajarnya.

Datuk Seri Anwar juga berharap legasi keilmuan serta usaha Profesor Esposito dalam memperkukuh dialog antara agama dan tamadun akan terus memberi manfaat kepada masyarakat dunia serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.