fb fb fb fb fb

RTM diiktiraf Stesen Televisyen Paling Premier 2023

Menerusinya, RTM membawa pulang trofi dan sijil penghargaan.

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Radio Televisyen Malaysia (RTM) diiktiraf sebagai Stesen Televisyen Paling Premier 2023 pada Majlis Anugerah Persatuan Fesyen, Pemodelan dan Pageant Malaysia (MFMPA), malam tadi.

Anugerah berkenaan pengiktirafan terhadap peranan penting dan sumbangan RTM dalam mempromosi bidang tersebut, selain budaya dan pelancongan.

Menerusinya, RTM membawa pulang trofi dan sijil penghargaan.

Presiden MFMPA, Dr. Jason Hee dalam ucapannya mengakui media memiliki pengaruh besar dalam masyarakat, termasuk dalam usaha mempromosi dan menjayakan setiap inisiatif dilaksana pelbagai pihak.

Anugerah MFMPA yang masuk edisi keempat itu berlangsung di ibu negara.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM