KUALA LUMPUR, 6 November-Dua dana baharu diperkenalkan kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Dana tersebut ialah Dana Pemacu Pelaburan Domestik (Domestic Investment Accelarator Fund – DIAF) dan Dana Pemacu Pelaburan Asing (Foreign Investment Accelarator Fund – FIAF).
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, Kedua dua dana tersebut adalah kesinambungan kepada Dana Strategik Pelaburan Tempatan (DISF) dan Dana Berimpak Tinggi (HIF)
" MITI dan MIDA akan terus mengkaji keberkesanan insentif sedia ada selaras dengan dasar semasa kerajaan dan keperluan pemain industri sekali gus memastikan penawaran insentif dapat meningkatkan daya saing syarikat tempatan.
"Selain itu, pemberian insentif yang berimpak tinggi ini akan dapat menarik lebih banyak pelaburan asing berkualiti yang akan memberi kesan limpahan positif, termasuk meningkatkan aplikasi teknologi dalam kalangan syarikat tempatan", katanya demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan baru, Sim Tze Tzin mengenai rancangan kerajaan untuk mengembalikan DISF dan HIF yang membantu syarikat tempatan meningkatkan teknologi dan mencapai tahap antarabangsa.