fb fb fb fb fb

RM4.4 juta peruntukan untuk baik pulih resort kerajaan negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos- Sebanyak RM4.4 juta diperuntukkan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu bagi membolehkan resort kerajaan negeri iaitu Marina Duyong Resort.

Ia bagi melaksanakan kerja pengubahsuaian dan pembaikan secara menyeluruh bermula satu Ogos lalu.

Usaha ini juga merupakan sebagai salah satu inisiatif bagi menarik kembali kedatangan pelancong di negeri ini.

 
(Pengurus Besar Marina Duyong Resort  Wan Mohd. Faizul Wan Abas)

Menurut pengurus besar resort berkenaan Wan Mohd. Faizul Wan Abas, kos tersebut melibatkan baik pulih keseluruhan kawasan termasuk chalet, bangunan cindai, bangunan marina, laluan kayu ke jeti serta peralatan mekanikal dan pendawaian elektrik.

Proses pembaikian kesemua kemudahan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada julai tahun hadapan.

Ditambah pelbagai perancangan dan konsep yang menarik untuk ditawarkan kepada pengunjung.

"Macam mana kita berfikir di luar kotak untuk membawa strategi blue ocean. Cari benda yang orang lain tidak buat lagi dan tiada saingan. Saya haraplah pasukan jualan akan jadi lebih kuat selepas ini dengan cabaran yang ada dan kita nak bagi tahu perancangan banyak akan datang itu sukar sedikit sebab isu pembaikpulih tadi lah.Kalau selepas baik pulih dah baik sikit kita
boleh cerita tentang apa itu pelan induk pembangunan untuk masa kaan datang" katanya ketika ditemui pihak media, ketika Majlis 'Soft Launch' Kempen Salam Malaysia-Senyum Sokmo, di Verandah Restaurant, Duyong Marina and Resort Pulau Duyong Kuala Terengganu.

Tindakan diambil itu sekali gus membuktikan segala aduan disuarakan pengunjung didengari oleh pihak pengurusan resort.

Media Baharu