fb fb fb fb fb

RM23,000 peruntukan baik pulih rumah asnaf

PERLIS, 13 Mac- Rural Capital Berhad (RCB) menyalurkan peruntukan berjumlah lebih RM23,000 untuk kerja-kerja membaik pulih rumah golongan asnaf di Perlis yang dilakukan oleh pelatih GiatMARA

Selain itu, turut disalurkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Rumah Seri Kenangan, Kangar bagi membantu anak yatim dan golongan warga emas di rumah berkenaan.


(RCB jalinkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan MARA Perlis)

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman, program Tanggungjawab Sosial Korporat yang melibatkan golongan asnaf seumpama ini akan dilaksanakan secara berterusan melalui beberapa siri program yang telah dirancang menerusi usaha sama melibatkan MAIPs termasuklah menempatkan anak-anak asnaf menyambung pengajian ke mana-mana institusi pendidikan MARA.

Pelaksanaan program khidmat masyarakat MARA turut dilaksanakan anak syarikatnya yang menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan dimana selain pendidikan, MARA turut memberi fokus kepada aspek keusahawanan khususnya dalam membangunkan masyarakat luar bandar.

Beliau memaklumkannya pada program Jalinan Kasih MARA dan Rural Capital Berhad (RCB) 2023 yang disempurnakan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di perkarangan Masjid Saidina Uthman Al-Affan Kampung Surau, Kangar.

Bersempena program ini juga, turut berlangsung program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli bersama MARA dan RCB yang mana sebanyak tiga buah rumah keluarga asnaf disantuni dengan penyampaian sumbangan wang zakat MAIPs tunai bernilai RM700 bagi setiap asnaf beserta kit MAIPs Peduli berisi makanan asas dan beras fidyah diagihkan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad, Hiruddin Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd Mohd Zameer Zahur Hussin.

Media Baharu