RM1.75 juta buat Selangor, sokong persiapan SUKMA 2026

Mordi Bimol

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Sebanyak RM1.75 juta diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menyokong penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 bagi menjayakan temasya dwitahunan tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • KBS sediakan kemudahan MSN termasuk velodrom dengan sewaan khas dan Kompleks Belia serta Sukan Selangor sebagai venue futsal, para memanah dan badminton.
  • KBS menyalurkan RM1 juta untuk keperluan kepegawaian teknikal temasya dan RM350,000 kepada 54 ketua delegasi teknikal.
  • RM100,000 diperuntukkan bagi proses klasifikasi atlet Para SUKMA dan RM300,000 untuk program kawalan doping kendalian ADAMAS.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, komitmen itu merangkumi penyediaan kemudahan sukan milik Majlis Sukan Negara (MSN), bantuan kewangan serta sokongan teknikal.

“KBS telah menyediakan kemudahan sukan milik majlis sukan negara (MSN) seperti penggunaan velodrome nasional, nilai dengan kadar sewaan khas, kita bagi nilai sewaan khas untuk penggunaan velodrome tersebut serta penyediaan kompleks belia dan sukan Selangor sendiri sebagai venue pertandingan bagi sukan futsal dan para memanah dan para badminton bagi temasya para sukma.

“Di samping itu juga, KBS telah menyalurkan bantuan berjumlah 1 juta bagi keperluan kepegawaian teknikal termasya dan menyediakan peruntukan sebanyak RM350,000 kepada 54 ketua delegasi teknikal yang mewakili setiap jenis sukan yang dipertandingkan pada termasya tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Larry Anak Asap di Dewan Negara.

Selain itu, RM100,000 turut diperuntukkan bagi pelaksanaan proses klasifikasi atlet Para SUKMA dan RM300,000 untuk program-program kawalan doping yang dikendalikan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.