Pembangunan industri REE dipergiat, pacu nilai tambah ekonomi negara

Syed Ibrahim Syed Noh

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Usaha membangunkan industri Unsur Nadir Bumi (REE) secara menyeluruh merangkumi sektor huluan, pertengahan dan hiliran sedang dipergiat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan Petugas Khas berperanan sebagai platform penyelarasan strategik antara kementerian, agensi dan kerajaan negeri bagi pembangunan rantaian nilai REE.
  • Pelaksanaan disokong tiga Jawatankuasa Teknikal fokus kepada sektor huluan, sektor pertengahan dan hiliran serta RDC&I.
  • Kerjasama rapat kerajaan negeri diperlukan; negeri tentukan kawasan keutamaan, laksanakan eksplorasi, kongsi data teknikal dan selaraskan pelaksanaan projek.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pendekatan itu bertujuan memaksimumkan manfaat ekonomi negara melalui pembangunan industri bernilai tambah tinggi berasaskan REE.

“Pasukan Petugas Khas (STF) ini berperanan sebagai platform penyelarasan strategik antara kementerian, agensi dan Kerajaan Negeri dalam merangka hala tuju pembangunan keseluruhan rantaian nilai REE negara.

“Pelaksanaannya disokong tiga Jawatankuasa Teknikal yang masing-masing memberi tumpuan kepada pembangunan sektor huluan yang turut melibatkan pihak berkuasa negeri, pembangunan sektor pertengahan dan hiliran, serta penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDC&I),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Hussin Ismail berkenaan status terkini perancangan pembangunan REE negara, setakat mana kemajuan pelaksanaannya serta sama ada negeri-negeri pemilik rizab REE seperti Terengganu dilibatkan secara aktif dalam pembangunan REE.

Pembangunan industri REE dilaksanakan dengan kerjasama rapat kerajaan negeri memandangkan urusan tanah dan sumber mineral berada bawah bidang kuasa negeri.

Penglibatan kerajaan negeri merangkumi penentuan kawasan keutamaan bagi penilaian sumber, pelaksanaan projek eksplorasi, perkongsian data dan maklumat teknikal serta penyelarasan perancangan dan pelaksanaan projek.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.