
KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka dikebanyakan negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga 1.00 pagi.
- MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta tiga kawasan di Kelantan: Jeli, Tanah Merah, Gua Musang.
- Pahang terlibat: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin; Selangor, Negeri Sembilan dan Johor juga dinyatakan.
- Sarawak menyenaraikan Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu; Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Tambunan) dan Tongod.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan ia melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan tiga kawasan di Kelantan iaitu Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang.
Cuaca buruk itu juga dijangka melanda negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) dan Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).
Sementara itu, kawasan terlibat di Sarawak ialah Betong (Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau) serta di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan) dan Sandakan (Tongod).