Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri hingga 1 tengah hari

Foto hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 17 November – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Perak, Pahang dan Sabah hingga 1.00 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perak: kawasan terlibat Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
  • Pahang: kawasan terlibat Pekan dan Kuantan.
  • Sabah: Pantai Barat, Sandakan dan Kudat terlibat, melibatkan Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Sandakan, Kinabatangan, Kota Marudu.
  • Amaran dikeluarkan jika ribut petir dengan hujan >20 mm/jam hampir atau berlaku lebih sejam; amaran sah hingga enam jam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan di Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak dan Kuala Kangsar, manakala di Pahang melibatkan Pekan dan Kuantan.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah iaitu di Pantai Barat (Ranau, Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu), Sandakan (Telupid, Paitan, Labuk & Sugut, Sandakan dan Kinabatangan), serta Kudat (Kota Marudu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran”, menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.