
Kuala Lumpur, 19 Januari– Residensi SASaR, Sungai Besi menjadi Projek Perumahan Satu Anggota, Satu Rumah (SASaR) pertama Angkatan Tentera Malaysia dibangunkan di atas tanah rizab milik Angkatan Tentera Malaysia, ATM.
- Residensi SASaR Sungai Besi projek SASaR pertama dibangunkan di atas tanah rizab ATM.
- Projek ini perintis peluasan perumahan anggota ATM ke seluruh negara.
- Kediaman ditawarkan pada harga terjangkau antara RM150,000 hingga RM250,000 seunit.
- Lokasi baharu dikenal pasti termasuk tanah rizab di Pahang dan Pulau Pinang untuk projek seterusnya.
Sekali gus menjadi perintis peluasan projek perumahan anggota ATM di seluruh negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beberapa tanah rizab dan Pahang dan Pulau Pinang dikenal pasti sebagai lokasi baharu bagi projek seterusnya.
“Penyediaan rumah SASaR ini tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur. Kejayaan kita (MINDEF) membina projek ini adalah atas kesediaaan ATM melepaskan tanah-tanah rizab mereka bagi membina rumah untuk anggota. Banyak tanah-tanah rizab ATM yang sebenarnya tidak ada perancangan untuk dibuat apa-apa. Saya berpendapat sesuai untuk kita banyakkan lagi rumah-rumah SASaR supaya banyak anggota berpeluang untuk membeli rumah-rumah pada harga jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran,” jelas beliau.
Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Kunci SASaR Residensi Sateria, Sungai Besi, hari ini.
Projek menawarkan harga serendah diantara RM150,000 sehingga RM250,000 seunit.
Ketika ini, dua lagi projek SASaR sedang dilaksana di ibu negara iaitu di Kem Wardieburn dan Setapak melibatkan 7,374 unit kediaman.