fb fb fb fb fb

Rasuah bulanan, Maritim Malaysia akan beri kerjasama kepada SPRM

KANGAR, 6 Februari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kuala Perlis sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan dua penguat kuasa agensi itu yang terlibat menerima suapan bulanan sebelum ini.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan bekerjasama dengan SPRM bagi menghapuskan jenayah tersebut.

Media sebelum ini melaporkan dua penguat kuasa Maritim Malaysia dan seorang orang awam ditahan reman selama enam hari hingga 8 Februari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Komander Maritim Mohd Hashim mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan salah seorang daripada anggotanya telah dibebaskan oleh SPRM Sabtu lalu.

Sementara itu, jurucakap SPRM berkata lebih banyak tangkapan akan dilakukan selepas ini, melibatkan anggota Maritim Malaysia dan pihak ketiga.

(Foto hiasan)

Media Baharu