fb fb fb fb fb

Rangka kerja i-ESG, garis panduan jelas amalan lestari hijau

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri, i-ESG Kebangsaan berupaya memanfaatkan industri perniagaan hijau yang semakin berkembang di Asia Tenggara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, industri itu menawarkan peluang besar dengan pertumbuhannya diunjur mencecah AS$200 bilion menjelang 2030.


(Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz)

Bakal dilancarkan September ini, i-ESG Kebangsaan terdiri daripada empat komponen utama iaitu piawaian, sokongan dan insentif kewangan, pembinaan kapasiti dan mekanisme pasaran.

"Saya minta institusi kewangan pertimbangkan peruntukan lebih banyak kepada industri seperti PKS, pengilang dan syarikat tempatan, pengeksport dalam bidang antaranya sektor penyahkarbonan, mobiliti elektrik, tenaga hidrogen, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan semua yang terlibat, membantu meneruskan permintaan amalan lestari hijau yang semakin meningkat.

Tambahnya rangka kerja itu bertujuan menggalakkan amalan lestari hijau dalam sektor pembuatan dengan menyediakan garis panduan yang jelas untuk semua sektor perniagaan.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Perbankan Malaysia Kedua anjuran Asian Institute of Chartered Bankers dan Persatuan Bank-bank Malaysia di ibu negara.

Media Baharu