fb fb fb fb fb

Konflik terbaharu Sudan, rakyat Malaysia selamat

(FOTO REUTERS)

PUTRAJAYA, 16 April- Semua 29 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di Sudan, kebanyakannya pelajar disahkan selamat.

Kementerian Luar memantau rapat situasi di Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di negara itu. 

Wisma Putra dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan, Kedutaan Malaysia di Khartoum mengesahkan bahawa di beberapa kawasan tertentu di bandar raya itu telah dilanda kekacauan berikutan perkembangan itu.

"Kedutaan sedang berhubung rapat dengan mereka (rakyat Malaysia) dan menyediakan bantuan yang diperlukan," katanya.

Kementerian juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bercadang ke Sudan untuk menangguhkan perjalanan sehingga keadaan stabil.

Kedutaan Malaysia yang kini beroperasi sementara dari kediaman Duta Malaysia ke Sudan boleh dihubungi di talian: +249 90 075 3633, +249 18 328 6379 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Bilik Gerakan Wisma Putra juga boleh dihubungi di talian: +603-8887 4570, +603-8887 4770 dan +603-8887 4445.


(FOTO REUTERS)

Artikel berkaitan
Pertempuran meletus di Sudan, orang awam jadi korban
Tentera Sudan digesa sokong peralihan demokrasi

Media Baharu