fb fb fb fb fb

PM terima jemputan UDHR75

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 16 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jemputan dari Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk untuk menghadiri acara sambutan memperingati Ulang Tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR75). 

Beliau menerusi catatan di Facebook malam tadi berkata, jemputan kepada Malaysia itu dipanjangkan Turk ketika kedua-dua mereka mengadakan perbincangan. 

“Malaysia menyokong inisiatif yang dilaksana oleh Pesuruhjaya Tinggi Turk sejajar dengan keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat martabat dan menegakkan hak asasi manusia di bawah  kerangka Malaysia MADANI.

Kami juga bertukar pandangan mengenai cabaran dalam melindungi dan menegakkan hak asasi manusia seiring realiti geopolitik semasa,” katanya. 

Menurut Perdana Menteri beliau menjemput Pesuruhjaya Tinggi Turk untuk melawat Malaysia dan mengulangi komitmen negara untuk bekerjasama rapat dengan beliau bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. - BERNAMA


(FOTO FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu