fb fb fb fb fb

Ops Pantau 2023: 53,980 premis diperiksa

(Ops Pantau di Hentian Rawat & Rehat Sungai Buloh)

SUNGAI BULOH, SELANGOR 15 April- Sebanyak 53,980 premis telah diperiksa di seluruh negara menerusi Ops Pantau  2023 yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bermula 23 Mac lepas.

Dengan nilai kompaun sebanyak RM 51,700 melibatkan 319 kes atas pelbagai kesalahan.

Menurut Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam, pelaksanaan Ops Pantau 2023 yang seragam dan berfokus sehinngga 21 April ini .

Ia, bagi memastikan tahap pematuhan yang tinggi terhadap peniaga bagi mewujudkan persekitaran perdagangan  kondusif di samping membantu rakyat Malaysia Madani mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup terutamanya sepanjang bulan Ramadan dan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

"Pemeriksaan pada hari ini secara terperinci dan bersasar ke atas harga makanan sedia masak dan penggunaan alat timbangan di premis-premis yang beroperasi di Hentian Rehat & Rawat tersebut di bawah penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Timbang Sukat. Fokus pemeriksaan meliputi aspek pematuhan tanda harga, pempameran menu jualan  oleh peniaga di sekitar Hentian Rawat & Rehat.

"Pemeriksaan turut diberi perhatian ke atas kedudukan / trend harga jualan makanan sedia masak yang dijual kepada pelanggan bagi memastikan tiada unsur atau aktiviti pengambilan keuntungan secara tidak munasabah. bagi memastikan pengguna berada dalam keadaan yang selesa dan mudah mendapatkan bekalan makanan serta keperluan harian lain pada harga yang munasabah,"katanya.

Sementara itu beliau juga memaklumkan pemantauan terhadap premis atas talian turut dilaksanakan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Ops Pantau  2023 di Hentian Rawat & Rehat Sungai Buloh.


(Ops Pantau di Hentian Rawat & Rehat Sungai Buloh)

Media Baharu