(Siaran media NCMF/FB National Commission on Muslim Filipinos - Public Information)
MANILA, 16 April- Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos mengisytiharkan tarikh 21 April ini (Jumaat) sebagai cuti umum sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Suruhanjaya Kebangsaan Filipina Muslim (NCMF) memaklumkan, Marcos lebih dikenali sebagai Bongbong pada Jumaat telah menandatangani Proklamasi No:21 yang mengisytiharkan tarikh 21 April sebagai cuti umum.
“Keputusan mengisytiharkan cuti umum itu bertujuan membawa kepentingan agama dan budaya Hari Raya Aidilfitri ke peringkat kesedaran kebangsaan.
“Ia juga membolehkan orang ramai berkumpul bersama saudara-mara beragama Islam dalam keadaan aman dan harmoni,” jelas proklamasi itu.
(Ferdinand R. Marcos)