fb fb fb fb fb

Pameran origami, dedah kaedah teknologi seni origami

BUKIT JALIL, 16 April - Sempena Hari Origami Malaysia yang ke-9, Tokyo Town di Pavilion Bukit Jalil menganjurkan pameran origami dengan kerjasama Akademi Origami Malaysia.

Selain mempromosi seni origami, pameran yang bertemakan Warisan Budaya Malaysia itu bertujuan mengajar pengunjung mengenai kaedah teknologi dalam seni origami.

Penggunjung juga berpeluang melihat Modular Origami Terbesar dan Wau Origami yang memasuki 'Malaysia Book of Records' 2019 dalam pameran kali ini.

Pengasas Akademi Origami Malaysia, Kenneth Ch'ng berkata beberapa aktiviti menarik seperti bengkel 'Rekaan Origami Raya' turut dianjurkan sepanjang bulan ini.

(Pengasas Akademi Origami Malaysia, Kenneth Ch'ng)

"Setiap hujung minggu bulan ini, kami mengadakan bengkel origami percuma di Pavilion, Bukit Jalil. Kami hanya mengajar teknik origami yang baharu dan unik seperti sampul surat ketupat, sarung ketupat telefon bimbit, wau dan sebagainya," kata Kenneth.

Tambah Kenneth, dengan kerjasama kerajaan negeri, Akademi Origami Malaysia juga turut menganjurkan bengkel origami di beberapa negeri antaranya di Perak dan Penang sebagai usaha mempromosi faedah seni origami.

"Kami turut menyediakan bengkel dalam talian bagi mereka yang tidak dapat menyertai secara fizikal.Kami juga membuat siaran langsung selain berkongsi video tutorial di laman media sosial kami," katanya.

Seni origami mempunyai tujuh tahap teknik dan bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan kursus di Akademi Origami Malaysia.

Media Baharu