fb fb fb fb fb

SKM saran koperasi ceburi bidang agromakanan

(Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Umar Sarim Saidin)

KOTA BHARU, 16 April- Pertubuhan koperasi di seluruh negara disaran segera merebut peluang menceburi bidang agro makanan dalam usaha meningkatkan sekuriti makanan negara.
 
Jelas Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Umar Sarim Saidin, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyediakan peruntukan berjumlah 100 juta ringgit bagi membiayai koperasi yang berminat.

Setakat ini jumlah koperasi yang terlibat dalam sektor pengeluaran makanan agak kecil berbanding jumlah keseluruhan 15,318 koperasi berdaftar.


(FOTO HIASAN)

 "Mana-mana koperasi yang berminat, layak mendapat pembiayaan sehingga RM3 juta bagi tujuan berkenaan. Ia terbuka kepada semua jenis koperasi termasuk koperasi kecil, sederhana dan besar.

"Setakat ini jumlah koperasi yang terlibat dalam sektor pengeluaran makanan agak kecil berbanding jumlah keseluruhan 15,318 koperasi yang berdaftar. Kalau boleh kita mahu peruntukan ini dimanfaatkan sepenuhnya dalam tahun ini juga," katanya.

Beliau menyatakannya pada Majlis Pengiktirafan Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2022, di Kota Bharu.

Pada majlis berkenaan menyaksikan lima koperasi Kelantan berjaya tersenarai antara 100 koperasi terbaik seluruh negara dan 12 lagi dalam senarai 350 koperasi terbaik.
 
Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) dinobatkan koperasi terbaik di Kelantan selepas berjaya menduduki tangga keempat dalam senarai 100 koperasi terbaik negara.

Media Baharu