fb fb fb fb fb

Remaja maut, motosikal rempuh penghadang jalan konkrit  

SUNGAI PETANI, 16 April - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh penghadang jalan konkrit di kilometer 63.5, jalan persekutuan Alor Setar- Butterworth berdekatan Padang Temusu, Sungai Petani, awal pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
 
Menurutnya, mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas merempuh penghadang jalan tersebut.
 
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


(Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala)
 
 

Media Baharu