fb fb fb fb fb

Op Samseng Jalanan: 78 saman dikeluarkan

PONTIAN, 16 April- Sebanyak 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Samseng Jalanan / Op Khas Pendaftaran di Pontian, Johor.

Antara kesalahan, tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan dan lesen kenderaan tamat tempoh.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohd Shofee Tayib berkata, lima motosikal disita dan dirampas.

Menerusi Ops itu juga, sebanyak 115 kenderaan dan 130 individu diperiksa.

Operasi berterusan ini akan dijalankan secara mengejut supaya orang awam sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.


(Sebanyak 115 kenderaan dan 130 individu diperiksa dalam Op Samseng Jalanan / Op
Khas Pendaftaran di Pontian, Johor)

Media Baharu