fb fb fb fb fb

BDC agih 250 pek makanan di PPS Rantau Panjang

FOTO BDC

KUCHING, 3 Januari – Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn Bhd (BDC) meneruskan usaha kemanusiaannya dengan mengagihkan sebanyak 250 pek makanan kepada penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Rantau Panjang, bertempat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa, Batu Kawa, malam tadi.

Menurut BDC, ia sebahagian daripada usaha berterusan BDC dalam membantu keluarga yang terkesan akibat banjir kilat baru-baru ini, selain menyediakan keperluan makanan segera kepada penduduk yang berlindung di PPS berkenaan.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen BDC untuk terus berdiri bersama komuniti dalam menghadapi situasi bencana.

"Melalui sumbangan terbabit, BDC berharap dapat memberi kelegaan, meningkatkan semangat penduduk dan memastikan keperluan asas mereka terus terjaga sepanjang tempoh pemindahan.

"Usaha itu selari dengan nilai teras BDC iaitu keprihatinan, tanggungjawab sosial, dan semangat kebersamaan, di mana syarikat sentiasa komited menyokong kebajikan komuniti di seluruh Sarawak," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM