fb fb fb fb fb

PM rasmi Setel Raya Starvendors 2023

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perasmian Setel Raya Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 (Starvendors 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sejurus pulang dari lawatan ke Terengganu.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 11.00 malam tadi disambut Pengarah Urusan dan Pengasas Starvendors Event Sdn Bhd Datuk Ifa Raziah sebelum merasmikan festival yang  berlangsung selama 100 jam tanpa henti bermula 13 hingga 17 April.

Datuk Seri Anwar dalam ucapan perasmian merakamkan ucapan terima kasih kepada pengunjung atas sokongan yang diberi kepada peniaga dan artis tempatan pada festival jualan tersebut serta menyifatkan ia sebagai satu perkembangan baik kepada negara.

Beliau turut meluangkan masa selama sejam beramah mesra bersama penggerai, penggiat seni dan pengunjung.

Festival yang menampilkan lebih 600 tapak pameran menawarkan pelbagai produk termasuk makanan, pakaian, emas, biskut raya dan peralatan rumah itu menyasarkan lebih tiga juta pengunjung pada tahun ini.

Starvendors 2023 lebih meriah dengan penglibatan lebih 100 artis tanah air yang turut sama membuka tapak pameran dan menjual produk keluaran mereka.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu