fb fb fb fb fb

Putera Monaco lawat Muzium Kesenian Islam Malaysia

Ketibaan Putera Albert II dan delegasi disambut Penolong Kepada Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia, Rashidah Salim.

KUALA LUMPUR, 26 November- Putera Monaco, Putera Albert II melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia petang tadi sempena lawatan negara selama empat hari ke Malaysia.

Ketibaan Putera Albert II dan delegasi disambut Penolong Kepada Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia, Rashidah Salim.

Putera Albert II yang diiringi Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menyaksikan sebahagian besar koleksi daripada hampir 13,000 artifak warisan seni daripada peradaban Islam berbeza yang dipamerkan.

Lawatan lebih satu jam itu diakhiri dengan sesi menandatangani buku pelawat Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Artikel Berkaitan:
Putera Monaco, Putera Albert II tiba di Malaysia bagi lawatan kerja tiga hari
Perkhidmatan konsular antara objektif utama penubuhan Pejabat Konsulat Kehormat Monaco di KL

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM