KUALA LUMPUR, 26 November- Perkhidmatan konsular termasuk membantu dalam urusan am dan undang-undang seperti tangkapan, penahanan dan penghantaran pulang, antara objektif utama penubuhan Pejabat Konsulat Kehormat Monaco di Kuala Lumpur, selain merancang untuk menganjurkan acara kebudayaan, pameran, forum dan persidangan untuk mempromosikan diplomasi budaya dan hubungan awam dalam masa terdekat.
Putera Monaco, Putera Albert II, dalam kenyataan berkata, ini sekali gus memudahkan hubungan perniagaan, peluang pelaburan selain menyokong misi perdagangan dan delegasi antara kedua negara.
Terdahulu Putera Albert II berkenan merasmikan Pejabat Konsulat Kehormat Monaco yang turut disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan Konsul Kehormat Monaco ke Malaysia, Datuk Seri Omar Naresh Mohan.
Putera Albert II kini dalam lawatan kerja empat hari ke Malaysia bermula hari ini sehingga 29 November, atas jemputan Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bermula hari ini.