fb fb fb fb fb

Tiada kesesakan di penjara seluruh negara

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Ibrisam Abdul Rahman

SEREMBAN, 26 November- Penempatan banduan di penjara di seluruh negara masih lagi dalam keadaan terkawal.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Ibrisam Abdul Rahman berkata tidak timbul isu kesesakan banduan di penjara.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kesesakan yang masih disifatkan sebagai situasi terkawal.

Jelasnya, penjara mempunyai hukuman alternatif bagi perintah kesalahan yang tidak serius dengan mengenakan hukuman khidmat komuniti sebagai antara kaedah yang digunakan untuk mengelakkan kesesakan di penjara.

"Penjara ini ada hukuman alternatif yang mana mahkamah boleh gunakan iaitu perintah wajib, jadi kesalahan tidak serius, kalau ikut mahkamah bawah 10 tahun. Jadi kalau ikut hukuman dia nak bahagi tiga tahun kebawah boleh tukar kepada perintah wajib yang boleh laksanakan hukuman kerja komuniti, tidak perlu masuk penjara. Mereka akan melakukan kerja sosial seperti bekerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), rumah orang tua, rumah anak yatim, jadi mereka ini satu hari empat jam buat kerja kebajikan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM