fb fb fb fb fb

Melaka sambut baik usaha kerajaan persekutuan perkenal kursus EV

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 26 November- Kerajaan Negeri Melaka menyambut baik usaha kerajaan persekutuan memperkenalkan kursus baharu berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan tenaga solar.

Justeru, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kawasan perindustrian seluas 5,000 ekar di Masjid Tanah dicadangkan sebagai lokasi kursus tersebut.

”Kita belum dapat maklumat lanjut, sudah pastinya Negeri Melaka menjurus ke arah pembangunan teknologi mampan ini dengan mengadaptasi teknologi yang boleh kita bantu, kerana ia memerlukan satu perancangan dan juga penyelidikan yang agak tinggi. Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan sekiranya kerajaan pusat hendak bawa teknologi ini ke Melaka", katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET Melaka 2023 di MITC, Ayer Keroh.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, Melaka dipilih susulan permintaan tinggi daripada pelabur untuk tenaga boleh baharu itu.

Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET Melaka 2023 berlangsung selama dua hari bermula semalam menawarkan 300 peluang pekerjaan melibatkan 27 institusi awam dan swasta serta 22 syarikat juga industri.

ROSLINA BINTI DIN