PUSPAKOM sasar rekrut 100 pemeriksa baharu, tambah kapasiti pemeriksaan

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 23 Jun – PUSPAKOM menyasarkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara tahun ini bagi menambah kapasiti pemeriksaan untuk kemudahan pelanggan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Permintaan pemeriksaan meningkat susulan pertambahan pemilikan kenderaan dan keperluan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.
  • Seramai 23 calon kini mengikuti Program Intensif Pemeriksa Kenderaan (VEIP) sebagai persiapan penempatan.
  • Penambahan pemeriksa membuka peluang pekerjaan teknikal kepada rakyat Malaysia.
  • PUSPAKOM mengadakan sesi temu duga terbuka setiap Rabu di cawangan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman berkata permintaan terhadap perkhidmatan pemeriksaan terus meningkat susulan pertambahan pemilikan kenderaan persendirian dan komersial, selain keperluan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.

“Bagi menyokong usaha pengambilan itu, seramai 23 calon kini mengikuti Program Intensif Pemeriksa Kenderaan (VEIP).

“Mereka akan ditempatkan di cawangan PUSPAKOM dan Perkhidmatan Trak Bergerak di seluruh negara selepas menamatkan latihan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penambahan 100 pemeriksa baharu membuka peluang pekerjaan teknikal kepada rakyat Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada 2019, hampir 500 peserta berjaya menamatkan VEIP dan kini berkhidmat di rangkaian cawangan PUSPAKOM serta Perkhidmatan Trak Bergerak di seluruh negara.

PUSPAKOM mengadakan sesi temu duga terbuka bagi calon VE pada setiap Rabu di cawangannya di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.