Proses durian jadi pes atasi lambakan di pasaran

FAMA turut memperluas saluran pemasaran menerusi jualan terus di pusat operasi

KUALA TERENGGANU, 30 Jun – Inisiatif diambil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu dengan memproses durian menjadi pes bertujuan mengatasi lambakan raja buah itu di pasaran negeri berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Pemprosesan Buah-buahan Segar FAMA di Besut diaktifkan untuk memproses dan menyimpan produk durian.
  • Pusat dijangka memproses kira-kira 10 tan metrik pes durian sebulan dan mampu menyimpan kira-kira 16 tan metrik pada satu-satu masa.
  • FAMA membeli durian pada RM3 sekilogram dan memperluas pemasaran melalui jualan terus serta lot promosi di 11 pasar tani.

Sehubungan itu, Pusat Pemprosesan Buah-buahan Segar FAMA di Besut diaktifkan.

Pengarah FAMA Terengganu,Muhamad Fadlee Hassan memaklumkan pihaknya menjangkakan dapat memproses kira-kira 10 tan metrik pes durian sebulan dan pusat berkenaan mampu menyimpan kira-kira 16 tan metrik dalam satu-satu tempoh.

“Isi durian yang diproses akan dibekukan dan disimpan sehingga enam bulan sebelum dipasarkan semula mengikut permintaan domestik.

“Bagi membantu pekebun, FAMA membeli durian pada harga RM3 sekilogram melalui pusat pengumpulan,”katanya selepas sesi Libat Urus Pelan Pemasaran dan Intervensi Durian 2026 di sini.

FAMA turut memperluas saluran pemasaran menerusi jualan terus di pusat operasi dan penyediaan lot promosi di 11 pasar tani seluruh negeri dengan sasaran 20 tan metrik durian dapat dipasarkan dalam tempoh dua hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.