fb fb fb fb fb

Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri dijangka siap Januari 2026

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri, Lembangan Sungai Miri sedang dilaksana.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan projek tersebut dengan kos berjumlah RM31 juta.

Beliau berkata, kerja-kerja fizikal telah bermula pada Oktober 2023 dan dijangka siap pada Januari 2026.

Projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk daripada risiko banjir dan mengurangkan kawasan banjir seluas 600 hektar.

"Sebagai penyelesaian jangka pendek, JPS melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah Projek Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir.

"Peruntukan berjumlah RM37.8 juta telah disalurkan di negeri Sarawak pada tahun 2022 sehingga 2024 untuk melaksanakan 360 sebut harga dengan skop utama seperti kerja-kerja penyaluran sungai, kerja-kerja menstabilkan tebing sungai dan menaik taraf saluran serta struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai.

"Senarai projek pada tahun ini pula sedang dimuktamadkan dan jumlah peruntukan adalah sebanyak RM13.1 juta", katanya.

Beliau memaklumkan demikian pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

ROSLINA BINTI DIN