438 pelajar MRSM tamat hafazan 30 juzuk al-Quran

Foto RTM

PARIT, 21 September – Seramai 438 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran tahun ini, sekali gus melepasi sasaran minimum 400 pelajar yang ditetapkan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah keseluruhan huffaz lepasan MRSM Ulul Albab kini melebihi 4,000 orang.
  • Lepasan program kini menceburi pelbagai bidang profesional terutamanya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
  • Ulul Albab dilaksanakan di lapan MRSM (sasaran 30 juzuk); Tamhidi diperluas ke 50 MRSM (sekurang-kurangnya lima juzuk).
  • MRSM Gemencheh juara kategori Bahasa Arab; MRSM Langkawi juara Bahasa Inggeris; MRSM Kuantan juara Bahasa Melayu.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pencapaian itu menjadikan jumlah keseluruhan huffaz lepasan MRSM Ulul Albab kini melebihi 4,000 orang.

Menurutnya, lepasan program berkenaan kini menceburi pelbagai bidang profesional, khususnya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Katanya, pencapaian itu membuktikan konsep Ulul Albab mampu melahirkan generasi yang seimbang antara kecemerlangan akademik dan penguasaan ilmu al-Quran.

“Inilah sebenarnya semangat Ulul Albab yang sebenar, yang mana pengimbangan antara duniawi dan juga ukhrawi. Mereka ini cemerlang bukan sahaja dari segi ilmu-ilmu yang diperlukan oleh masyarakat, tetapi pada masa yang sama mereka juga adalah penghafaz al-Quran,”katanya selepas Majlis Penutupan Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri 2026 di MRSM Parit.

Program Ulul Albab kini dilaksanakan di lapan MRSM dengan sasaran pelajarnya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Dalam pada itu, Program Mini Ulul Albab atau Tamhidi diperluas ke 50 MRSM lain dengan sasaran pelajar menghafaz sekurang-kurangnya lima juzuk sebelum menamatkan Tingkatan Lima.

Sementara itu, MRSM Gemencheh muncul juara kategori Bahasa Arab dalam Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri 2026.

MRSM Langkawi menjuarai kategori Bahasa Inggeris, manakala MRSM Kuantan muncul juara kategori Bahasa Melayu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.