Juruwang mati digilis, diseret lori

Kemalangan maut di Batu 5 Jalan Matang, Kuching

KUCHING, 21 September – Seorang juruwang di sebuah pasar raya terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah lori di Batu 5 Jalan Matang, di sini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa Vanessa Elly, 18, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum kemalangan.
  • Motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terjatuh dan diseret lori di lorong kiri.
  • Mangsa diseret beberapa meter dan disahkan mati di lokasi pada pukul 9.40 pagi akibat kecederaan parah.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; pengesahan oleh Pemangku Superintenden Barry William.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintenden Barry William, dalam insiden sekitar pukul 8.00 pagi itu, mangsa Vanessa Elly, 18, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sewaktu kejadian.

“Mangsa yang bergerak ke arah pusat bandar itu dikatakan telah hilang kawalan ke atas motosikalnya sebelum terjatuh ke atas jalan dan diseret lori yang berada di lorong sebelah kiri,” katanya.

Mangsa yang terseret sejauh beberapa meter itu disahkan mati di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan pada pukul 9.40 pagi akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Pemangku Superintenden Barry yang dihubungi RTM mengesahkan kes tersebut kepada RTM di Kuching petang ini. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.