fb fb fb fb fb

Projek pembangunan di SM-WEZ, Melaka akan mohon pelepasan

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 9 Julai- Kerajaan Melaka akan memohon pelepasan bagi meneruskan pembangunan di kawasan tambak 'Straits of Melaka Waterfront Economic Zone' (SM-WEZ) yang diwartakan UNESCO.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata permohonan itu sebelum ini telah ditolak UNESCO.
 
Jelas Ab Rauf, permohonan semula dibuat bagi membantu pihak konsesi yang telah melakukan pembangunan di kawasan tersebut selepas menerima kelulusan daripada pentadbiran kerajaan negeri yang lalu.

"Dia macam ini, kawasan tersebut tidak sepatutnya diberikan konsesi kepada mana-mana yang mohon, mungkin terlepas pandang..jadi kita terpaksa memohon untuk pelepasan, tapi tidak diberikan pelepasan oleh pihak UNESCO.

"UNESCO jugak memberi syarat kalau nak dimajukan juga ada reka bentuk bangunan yang boleh diluluskan..itu yang kita nak mohon lagi sekali.

"..Maksudnya kawasan UNESCO ini memang tak boleh buat pembangunan, tapi kalau sudah buat pembangunan ada reka bentuk yang boleh dipertimbangkan," katanya pada sidang media Persidangan Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang ke-15 di Seri Negeri di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM