JOHOR, 21 Jun- Projek naik taraf Lebuhraya Senai – Desaru (SDE), Johor dari dua lorong kepada empat lorong telah mencapai 15.03 peratus siap, mengikut jadual ditetapkan.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, projek bernilai RM129 juta itu melibatkan jajaran sepanjang 9.34-kilometer, dijangka siap sebelum April 2027.
Kerja -kerja naik taraf itu melibatkan jajaran dari Jambatan Sungai Johor hingga ke Jambatan Sungai Semenchu, dengan pembinaan sebuah jambatan termasuk, pembinaan jambatan kedua Sungai Layau. Manakala, fasa kedua sedang dalam pertimbangan Kerajaan Persekutuan.
Tambahnya, 11.5 juta kenderaan menggunakan lebuhraya berkenaan dengan purata harian sebanyak 31,000 pengguna direkodkan sepanjang 2024. Projek berkenaan bakal merancakkan ekonomi Johor apabila siap nanti.