PRN Melaka: Adly Zahari berdepan tiga pencabar

N.17 Bukit Katlil, PRN Melaka ke-16

BUKIT KATIL, 31 Oktober – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pegawai Pengurus mengumumkan keputusan selepas proses penamaan calon di Dewan Tun Ali.
  • PRN Melaka ke-16 diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 23 September.
  • Tempoh berkempen 14 hari dari 31 Oktober hingga 13 November; undi awal 10 November; hari mengundi 14 November 2026.
  • Daftar Pemilih 687,697 sehingga 22 September 2026; pengundi disaran semak pusat dan saluran undi melalui MySPR Semak.

Pertembungan itu melibatkan penyandang kerusi berkenaan Adly Zahari daripada Pakatan Harapan (PH),bakal dicabar Muhammad Ridzuan Mohd Sharif daripada Perikatan Nasional (PN), Dr. Aliza Che Amran daripada BERSAMA dan calon Bebas, Abu Bakar Sabudin.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.17 Bukit Katil, Shaifulfazlee Mohamad, selepas proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Tun Ali, Bukit Katil.

PRN Melaka ke-16 diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 23 September lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini.

Berdasarkan data Daftar Pemilih Pilihan Raya yang dikemas kini sehingga 22 September 2026, seramai 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi, merangkumi 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera serta pasangan mereka dan 2,762 anggota polis.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon pada 31 Oktober sehingga pukul 11.59 malam, 13 November ini.

Pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 10 November, manakala hari mengundi ditetapkan pada 14 November 2026.

Sehubungan itu, pengundi disaran membuat semakan maklumat pusat dan saluran mengundi menerusi portal MySPR Semak bagi memastikan urusan pengundian berjalan lancar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.