
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan penghargaan terhadap usaha dan pengorbanan warga kurier dalam memastikan setiap kiriman sampai kepada penerima dengan selamat.
- Hantaran di Facebook sempena Hari Kurier Negara 2026 menyampaikan penghargaan kepada warga kurier.
- Ucapan selamat kepada abang, kakak dan warga kurier di seluruh negara.
- Pengorbanan mereka menempuh panas, hujan dan kesesakan bagi memastikan setiap kiriman sampai selamat.
- Rakam penghargaan, doakan keselamatan serta harap perjalanan dan urusan kurier dipermudahkan.
Penghargaan itu dizahirkan Datuk Seri Fahmi menerusi hantaran di Facebooknya sempena sambutan Hari Kurier Negara 2026 hari ini.
“Selamat Hari Kurier Negara kepada semua abang, kakak dan warga kurier di seluruh negara.
“Setiap kali kita menerima bungkusan di depan pintu, ada usaha dan pengorbanan warga kurier yang menempuh panas, hujan dan kesesakan untuk pastikan setiap kiriman sampai dengan selamat,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan khidmat warga kurier, selain mendoakan agar keselamatan mereka sentiasa terpelihara sepanjang menjalankan tugas.
“Kami amat menghargai kerja keras, komitmen dan khidmat anda setiap hari.
“Semoga setiap perjalanan dipermudahkan, setiap urusan dilancarkan dan, yang paling penting, semoga anda sentiasa dilindungi serta selamat sepanjang menjalankan tugas,” katanya.