fb fb fb fb fb

PrEP kurangkan kadar jangkitan HIV

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Pelaksanaan projek rintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) bukan bertujuan menggalakkan tingkah laku songsang dalam kalangan masyarakat.

Sebaliknya membantu mengurangkan kadar jangkitan HIV, sekali gus menjimatkan kos rawatan yang mencecah RM47 juta dalam tempoh 2006-2013.

Jelas Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, pelaksanaannya mengambil kira 77% kes baharu yang dilaporkan setiap tahun.

Mereka terdiri daripada golongan muda berumur 20 hingga 39 tahun dengan 90% daripadanya lelaki.

"Saya rasa pendekatan PrEP ni dapat kurangkan kadar jangkitan dan kebimbangan kita ialah pesakit berumur 18 tahun ini, itu tidak cukup dengan langkah menahan diri saja. Program ini program rintis di 18 buah Klinik Kesihatan dengan peruntukan daripada Malaysia High Council. Program sokongan boleh duduk berbincang dan lihat apakah keperluan yang sesuai san tidak untuk masyarakat di Malaysia," kata Lukanisman dalam sidang Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi mengenai rasional pelaksanaan projek PrEP.

PrPEP adalah ubat pencegahan yang ditawarkan kepada individu yang mempunyai risiko lebih besar untuk dijangkiti HIV.

Ia biasanya ditetapkan setiap hari untuk mengurangkan risiko dijangkiti HIV.

kajian membuktikan bahawaapabila diambil setiap hari, PrEP dapat mengurangkan risiko penularan HIV sebanyak hampir 99% daripada hubungan seks dan lebih 74% daripada suntikan dadah.

(Lukanisman berkata PrEP kurangkan kadar jangkitan HIV)

Media Baharu